center>






~Koleksi Masakan Noris~








àÆ






Koleksi Masakan Noris Akan Cuba Mengumpul Berbagai Jenis Resipi Masakan. Hasil Ciptaan Sendiri Dan Juga Daripada Berbagai Sumber Rujukan. Semoga Bermanafaat Buat Kita Semua. Terima Kasih Kepada Kalian Kerana Meluangkan Masa Di Sini
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




Akhbar Harian Online




test

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



Jul 29, 2005
Acar Ikan

Acar Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:-
4 potong ikan tenggiri
4 camca sedang cili boh
2 camca sedang rempah kari
1 camca teh biji sawi
Sedikit minyak
3 tangkai cili merah (dipotong memanjang)
1 cawan santan pekat
2 camca sedang kerisik (kelapa goreng)
Rempah tumis, kunyit, garam, gula dan cuka

Bahan dimayang:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1.25 sm halia

Cara:
Ikan di basuh dan ditoskan. Kunyit dan garamkan ikan lalu dipanggang. Tumis bahan-bahan mayang bersama rempah tumis, kacau hingga kuning. Kemudian masukkan rempah kari, cili boh dan santan. Kacau hingga kuning. Masukkan kerisik, cili merah, garam, cuka dan ikan. Kacau perlahan-lahan hingga masak.

* Kepada yang mempunyai alahan kepada penggunaan cuka boleh digantikan dengan air asam jawa.

Posted at 09:12 pm by noris
Make a comment  

Ayam Masak Serai

Ayam Masak Serai

Bahan-bahan:-

1 ekor ayam (sederhana)
1 sudu besar serbut kunyit
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
6 biji buah keras
6 batang serai
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit gula perang
Minyak masak untuk mengoreng dan menumis

Cara-cara:-
1. Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan dibersihkan.
2. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam hendaklah digoreng separuh masak.
3. Bawang kecil, bawang putih, halia, 4 batang serai dan cili kering hendaklah dikisar.
4. Buah keras ditumbuk lumat.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar berserta buah keras yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
6. Masukkan 2 batang serai yang dititik.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak.
8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan biarkan beberapa minit supaya ayam masak sepenuhnya.


Posted at 09:08 pm by noris
Make a comment  

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahannya:-

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling

Cara-cara penyediaan:-
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan-bahan giling hingga garing.
Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum.
Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.
Sesuai dihidangkan dengan nasi atau pun roti.

 

Posted at 09:05 pm by noris
Comment (1)  

Nov 5, 2004
UDANG CILI API

Bahan:

500 gm Udang
30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
4 batang serai (tumbuk pecah)
3 biji tomato (belah 4)

Cara:

Tumbuk cili api hingga lumat, pastikan bijinya tidak kelihatan. (Cili api boleh ditumbuk dengan tangkai-tangkai sekali). Setelah itu tumbuk sama kunyit biar sebati dengan cili api.

Setelah itu gaulkan dengan udang yg telah dibersihkan, masuk dalam periuk dan panaskan diatas api yg kecil. Pastikan udang yg digaul ciliapi dan kunyit tumbuk tadi sehingga pecah minyak. (Jika perlu masukan sedikit dahulu santan bagi mencairkan cili api dan kunyit tadi, biar  benar benar masak. (ini untuk mengelak dari sakit perut apabila kita makan).

Setelah pecah minyak..masukan santan pekat, tomato dan serai. Pastikan api jangan terlampau kuat biar mendidih serta masukkan garam secukup rasa. Sentiasa kacau untuk mengelakkan dari pecah minyak.

Selamat mencuba.


Cara diatas boleh juga dimasak ikan Lampam atau lain-lain ikan yg sesuai cuma bezanya masukan 3 keping asam keping( asam gelugur).





Posted at 10:53 pm by noris
Make a comment  

UDANG BEREMPAH

Bahan-bahan:

600 gm Udang
1 biji ubi keledik atau 2 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 Sudu besar serbuk rempah
2 Sudu besar Kerisik
1 tangkai daun kari
1 sudu jintan putih

Cara:

Bersihkan udang, Ubi keledik dipotong atau ubi kentang dibelah empat.

Sediakan bahan-bahan dalam satu bekas bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis,
bunga lawang, buah pelaga dan setelah minyak panas tumiskan. Tunggu sehingga bawang kekuning-kuningan pastikan jangan hangus.

Bancuh rempah dengan air biasa bersama kerisik dan masukan daun kari. Setelah itu masukan kedalam periuk tumisan tadi. Jika rempah sangat pekat tambah sedikit lagi air dan kacau  sehingga betul-betul rempah masak. Untuk memastikan rempah betul-betul masak ia akan mengeluarkan minyak di permukaan rempah yg sedang mendidih. Pastikan api jangan terlampau kuat rempah jangan hangus.

Setelah itu masukan ubi kentang, biarkan sehingga empuk, kemudian masukan udang yg telah dibersihkan beberapa ketika sehingga udang masak. Masukan jintan putih yg telah ditumbuk, masukan garam secukup rasa. Setelah itu dapatlah dihidangkan..Emmm
Selamat mencuba.

Posted at 10:30 pm by noris
Comments (2)  

Sup Takbai

Bahan:

1 ekor ayam kampong (potong ikut suka)
1 sudu lada hitam
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 inci halia
3 batang serai
1 helai daun limau purut
3 ulas bawang puteh
3 ulas bawang merah
1 biji cili api
4 biji ubi kentang
1 kelopak batang sadri

Cara:

Ayam yg telah dibersihkan masukan kedalam periuk bersama ubi kentang, masukkan air dan panaskan diatas dapur hingga mendidih.

Sementara itu tumbuk bahan-bahan lada hitam, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, halia, bawang putih dan bawang merah, setelah itu  masukkan kedalam periuk rebusan ayam dan kentang tadi.

Tumbuk pecah, serai dan cili api masukan kedalam periuk dan masukan sama daun limau purut...setelah betul-betul mendidih masukan batang sadri yg telah dipotong-potong...masukan garam secukup rasa. Emmm enak dihidangkan.




Posted at 10:29 pm by noris
Make a comment  

Oct 29, 2004
Murtabak Tuna


Bahan-Bahan:
1 bungkus biskut cream kraker
1 tin susu cair
10 biji telur
1 tin besar sardin/tuna
1 tin kacang pis (boleh gunakan juga campuran kacang pis dan jagung)
2 sudu serbuk kari
5 ulas bawang merah (dimayang)
5 keping keju (dipotong memanjang)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
2 sudu minyak masak
gula, garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan sebuk kari dan kacau hingga garing. Masukkan sardin/tuna yang telah dihancurkan. Masukkan gula, garam dan bahan perisa secukupnya. Kacau biar sebati dan hingga agak pekat. Masukkan daun sup dan kacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan. Rendam biskut ke dalam susu cair. Selepas itu, susun biskut yang telah direndam ke dalam loyang. Masukkan inti sardin tadi ke atas biskut tadi. Tabur kacang pis dan cili merah serta susunkan keju. selepas itu, susun biskut lagi dan ulagi proses tadi sehingga habis. tutup bahagian atas dengan biskut yang telah direndan susu. Selepas itu, bakar atau kukus hingga masak.

Posted at 07:03 pm by noris
Comments (2)  

Sambal Goreng Ala Johor

Bahan-Bahan:
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa

Cara:

Panaskan minyak, masukkan cili kering yg telah dikisar halus ..goreng sehingga baunya naik.

Kemudian masukan hirisan bawang besar dan bawang putih, lada merah dan lada hijau, kacau hingga rata,

Kemudian masukan bahan-bahan yg telah digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau hingga rata.

Kemudian masukan air perahan asam jawa dan belacan, gula, garam , perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.

Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.

Cadangan Hidangan:
10-15 orang. Sesuai dimakan bersama dengan nasi putih dan juga ketupat.

Posted at 07:01 pm by noris
Make a comment  

Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin

Bahan-b
ahan:-
1 tin ikan sardin saiz sederhana (tin bulat)
2inci kunyit basah
20 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
1 biji santan pekat
2 keping asam gelugur (asam kepinglah)
3 biji kentang potong 4
garam secukup rasa
 
Cara: kunyit dan cili padi ditumbuk lumat , then masukkan ke dalam periuk sederhana besar, masukkan santan.. santan nie agak pekat masukkan sedikit air dalam anggaran 1-2 cawan .. gelegakkan kejap masukkan kentang dan asam keping tadi.. biarkan kentang 1/2 empuk kemudian masukkan ikan sardin ada yg suka masukkan sos yg dengan ikan tu boleh masukkan sekali atau ada yg nak buang boleh gak buang ikut suka lah ya .. biarkan api sederhana kacau selalu jgn pecah minyak .. rasa garamnya.. biarkan kuah menggelegak dan bila kentang dah mula empuk bolehlah tutup api dan dihidangkan .. Selamat mencuba

Posted at 07:00 pm by noris
Make a comment  

Oct 20, 2004
Singgang Daging

* Hidangan ini sesuai dimakan dibulan puasa dan untuk 5 orang.


Bahan-bahan
1kg daging @ tulang rusuk
10 ulas bawang merah-mayang
5 ulas bawang putih-mayang
2in halia- mayang
4 in lengkuas- kisar
7 @ 9 biji cili kering- kisar
1 sudu kecil ketumbar

Cara
Daging dipotong 4 segi lebar, kemudian dibasuh dan toskan. Lengkuas, cili kering dan ketumbar dikisar. Sementara bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Setelah siap kesemuanya, masukkan kedalam periuk bersama-sama kesemua bahan-bahan tadi termasuk asam keping, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging betul-betul masakdan empuk. Api jangan terlalu kuat. Gunakan api yang sederhana. Boleh dititikkan 2 batang serai jika suka. Kemudian hidangkan. Enak dimakan dengan nasi putih dan telur dadar cili padi.. nak sedap dan kalau rajin tumbukkan sambal belacan.... selamat mencuba

Posted at 07:14 pm by noris
Make a comment  

Next Page